Asal Usul Pulau Pinang
Tok Jenaton pernah datang mengadap Sultan Kedah bersama dengan para pengikutnya yang terdiri dari kalangan orang Batak dengan membawa bersamanya hadiah naskah al-Quran tulisan tangan. Lantaran itu, Sultan Kedah berkenan menganugerahkannya sebuah kawasan di sekitar Minden, Pulau Pinang. Kubur Tok Jenaton juga masih ada di Minden ketika ini.
Penyimpangan fakta sejarah yang dimuatkan dalam buku-buku teks sudah barang tentu merupakan akibat daripada sejarah yang dinilai dan hanya dilihat dari perspektif bangsa yang menjajah itu sahaja iaitu British. Bukan sekadar menjajah tanahair, malah mereka juga turut cuba menjajah minda penduduknya. Mereka cuba memperlihatkan peranan mereka sebagai pencetus tamadun orang lain. bangsa lain bagi mereka boleh diperdayakan. Namun pada hakikatnya, sejak sebelum kedatangan kuasa penjajah itu, penduduk di Pulau Pinang (Tanjung Penaga) ini sudah mempunyai tamadun yang tersendiri, dan telah bertapak kukuh dengan bersendikan agama Islam.
Terdapat ramai orang Arab yang datang menetap di Tanjung Penaga. Malah di katakan Masjid Batu Uban telah wujud sekian lamanya serta berperanan penting menyebarkan syiar Islam. Batu Uban juga dikatakan sebagai Daerah Ulama di mana terdapat ramai ulama Islam yang tinggal dan menetap di situ.
Menariknya sejarah Pulau Pinang jika dikaji dengan teliti, berlandaskan fakta sebenar.
No comments:
Post a Comment